Pengacara Bernama Dipuji Selamba Panggil AIjazeera ‘AI-JahiIIiyah’. Sekali Menteri Kata Mahu Ambil Tindakan

” Tahniah. Anda benar-benar telah membuktikan yang anda mencintai negara ini. Aku sangat respek dengan pengacara ni..”
Demikian antara komen warganet yang memuji tindakan seorang pengacara televisyen Bernama yang memanggil gelaran ‘Al Jahiliyah’ terhadap Al Jazeera.
Bagaimana respon yang diberikan oleh menteri yang mengambil tindakan susulan kenyataan pengacara itu mendapat kritikan warganet.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata tindakan telah diambil terhadap kejadian pengacara program bual bicara Bernama TV mengutuk stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera dengan memanggilnya “Al Jahiliyah.”
” Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.
” Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” katanya pada hantaran di Twitter.
Hantaran Saifuddin itu juga mendapat reaksi dari orang ramai yang meminta beliau agar tidak terlalu mencampuri pertikaian antara wartawan.
Ketika mengakhiri program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu di stesen agensi penyiaran negara itu, pengacara Herleena Pahlavy berkata: “Al Jazeera, ‘you shut up’.”
Kejadian itu berlaku di tengah laporan Al Jazeera mengenai dakwaan penganiayaan pendatang di negara ini semasa wabak Covid-19, yang menimbulkan kemarahan kerajaan.
Polis telah memulakan siasatan terhadap wartawan terlibat dalam laporan itu manakala Jabatan Imigresen sedang menjejaki pendatang yang diwawancara di dalam dokumentari Al Jazeera.
Pahlavi turut mendakwa laporan Al Jazeera itu kurang beretika.
” Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang.
” Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,” katanya.
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menegaskan kerajaan tidak mendiskriminasi pekerja asing ketika wabak Covid-19.
Warganet tidak setuju
Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata warganet mempersoalkan tindakan menteri yang mahu mengambil tindakan terhadap pengacara terbabit
” Menteri yang ingin ambil tindakan terhadap Pengacara Bernama berikutan kritikannya terhadap Al Jazeera adalah tidak wajar sama sekali.” komen Jamil
” Takleh tuduh sikit aljazeera ni…terus diambik tindakan…aljaazeera h1na malaysia dimata dunia tak plk cept2 ambk tindakan…kerajaan malaysia ni nak jaga apa sebenarnya nii” komen Yap
” Kita sepatutnya memperlihatkan kesatuan dalam tindakan memerangi mana-mana pihak luar yang membuat f1tnah terhadap Malaysia.” komen Izat.
Lihat video di bawah: