Majoriti Rakyat Sabah Tolak Shafie Apdal Sebagai Calon Perdana Menteri

Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir Mohathir telah mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Plus.
Sejak semalam media sosial dipenuhi dengan artikel-artikel yang membahaskan hal ini dari segi kreadibiliti Datuk Shafie Apdal untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika ini memegang mandat sebagai Perdana Menteri Ke-8 Malaysia.
Tidak boleh dinafikan lagi kebolehan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengurus negara memerangi pandemik COVID-19 sekaligus memulihkan semula ekonomi Malaysia dengan perancangan yang strategik.
Berbeza dengan Datuk Shafie Apdal. Pengurusan beliau ketika pandemik COVID-19 di negeri Sabah sangat tidak memuaskan.
Masih ramai warga Sabah mempersoalkan ketelusan bantuan COVID-19 dari Kerajaan Negeri Sabah.
Bahkan masih ada lagi permohonan mereka masih dalam proses walhal sekarang bantuan telah memasuki fasa kedua dengan bajet yang sangat banyak.
Dalam media sosial pula, kemarahan rakyat Sabah dilepaskan di ruangan komen dengan meletakkan ribuan komen negatif berkaitan Datuk Shafie Apdal. Ada yang marah ketika Kota Belud dilanda banjir teruk dalam sejarah, tapi Datuk Shafie Apdal masih memikirkan politiknya daripada kebajikan rakyatnya.

Berikut merupakan beberapa screenshots yang diambil dari post MyNetizen:

     
Kesimpulannya, Datuk Shafie Apdal perlu sedar diri kemampuan beliau ketika ini. Selesai isu kebajikan rakyat negeri Sabah terlebih dahulu baru berangan-angan urus Malaysia.
Jangan sampai Pilihanraya Umum Ke-15 Parti Warisan Sabah terkubur kerana rakyat bosan dengan janji palsu yang ditabur sekian lama.